May 12, 2013

Genting Highland trip! :)

Assalamualaikum.. :)

Lepas dah lamaa sesangat menyimpan hasrat nak hanging out together to some places finally we made it. Sebenanrnya kalau ikutkan memang macam lepas sorang, sorang yang busy. But then we use this trick, tentukan tarikh dan beli tiket siap siap. Bial macam tu tak mungkin ada yang sanggup burn duit macam tu je tak jadi pergi kan kann.. hehehe ;P



Pukul 5pagi semua dah mula bangun terjaga mandi dan siap siapp so tinggal solat Subuh je lepastu terus gerak tunggu bas 630 pergi seksyen 2 and then naik bas U80 pergi kl sentral. Itu apa yang dalam fikiran lah pada mulanya. Pada mulanyaa yeaaa... Nak dijadikan cerita, lain plan lain jadinya.

Semua dah siap and then ada yang tertinggal barang pergi amek kejap bila otw pergi bus stop, bas dah jalan pukul 6.30pagi. Errr... Tiket bas pergi Genting H. pukul 8.30. Memang habis lah kalau tak pergi cepat. 
Ternampak teksi tanya harga and zupp terus pergi seksyen 2. Pacik teksi tu serious baik hati teramat sangatt. Tanya nak pergi mana semua and then dia bagi idea, why don't kitaorg naik ktm je pergi kl sentral and semua, "A'ahh laaaaa...." -.-' Nampak sangat tak pernah pergi kl sentral sendiri guna public transport. hewhewhewww.. :P

Dalam ktm yang ngantuk take a nap, yang malas nak tido bercerita tak sudah pastu gelak sakann. cuba lah teka siapa yang sembang gelak tak sudah tu kan. hihii ;D

Sampai kl sentral tengok jam awal lagi ada dalam sejam, nampak sesuatu yang menyelerakan maka dengan itu terus pergi makan breakfast kenyang kenyang so sampai sana tak ada sibuk lapar. Lagi 10 minit bas nak bertolak terus kelam kabut carik bas and selamatlah kami naik bas. Dalam bas sembang lagi punyalah seronok dan sedar sedar dah sampai Genting H. Tak sampai sejam pun gilee laju bas ni bawak. =.= 






Naik skyway excited habis. Tapi tak best tak boleh nak sembang sebab tak boleh nak lawan orang belakang rancak bersembang. Bagilah cann sebab kitaorang pun dah banyak bersembang kan. XP

Lama betul dalam skyway tu lepas tunggu dengan penuh kesabaran finally sampai jugeeee!

Bawah ni ada few pictures of us. Tak berapa clear tapi mungkin cukup untuk buat korang jeles dengan kami. HAHA gurau gurau. :)





















Pasal game kat situ recommend sesangat kalau pergi situ korang naik Space Shot dengan Flying Coaster untuk extreme. Menakutkan tapi bestt! Wajib main of course Space Shot kalau pergi situ. Hihihii XD
Game yang buat terasa diri ni bodo is the one yang no scream zone tu. Seriously terasa diri ni sangat buduss. Please lah cuba join game tu and you will know my feelings. -..-
Dah penat tak nak extreme sangat cuba Flying Dragon. Best! best! naik sampai dua kali. Ada orang tu sampai empat kali. Nampak tak keseronokkan nyee di situ.

Kitaorang main semua game kat situ sampai semua penat tak larat sakit kaki. Baru rasa diri dah tersangat tua. Dulu main yang macam buaian tu tak pening sampai naik bebanyak kali. Tapi semalam main pening menangkap kepala. Adess..


Genting Highland. Tempat yang banyak sangatt memory dan semalam create lagi another memory. Kami seronok! :)

Lain kali insha Allah poket tebal, ada masa nak plan pergi keluar lagi sesama release all the tension and having fun buat rasa diri macam bebudak balik.



No comments: