December 19, 2012

Result PMR dah keluar! :)

Assalamualaikum :)

Lepas subuh terus panggil bebudak bulat semua siap siap pergi jogging. Hari ni awan nampak tenang je, matahari pun macam keluar lambat apa lagi terus torture diaorang jogging jejauh sikit. muahahahahh :P *gelak jahat* tetapi.. kajang pak malau kajang berlipat. eh? ada kaitan ke? :P last last dah nak sampai kawasan rumah kasut sukan tercabot tapak. hoiiiihhh pak malau, pak malauu. -.-' memang malang tidak berbau.

tak lama lepas tu dapat text dari kawan Ain, adikku yang mak aihh tinggi tuuu. tanya pukul berapa nak ambil result PMR. baru leee den teringat harini result keluar. sampai rumah cepat cepat siapkan apa yang patut. around 10.30am terus keluar rumah pergi sekolah terchinta ku. fuhh.. rindu nyeee kat sekolah.

sampai je sekolah ramai dah yang sampai tapi masing masing tengah duduk. rupanya kena tunggu sampai semua budak straight A dipanggil nama atas pentas ambil result baru yang lain boleh ambil. aiseyyy man. lama gila nak tunggu. zaman den tak ada pun cenggini. tadi pun tunggu pengacaranya pukul 11.10 baru nak mula. dalam hati satu je haa.. tolonglah percepatkan sikit. panas dah ni berdiri kat dataran perhimpunan.

nama di sebut, di sebut dan di sebut. sampai nama yang ke 40 kot, diri dah tak senang dah ni. sekali terdengar macam nama yang dikenali,

"Norain Nadhirah Bt Zulhisham, 8A."

"hah? Zulhisham? nama Abah. Ain, Ain! Mana Ain??!"




Alhamdulillah... :') Dia sendiri bila ditanya banyak kali katanya macam tak ada harapan sebab tu aku pun macam relaks jee. berkat dia study betul betul lah tu dapat ganjaran yang sendiri dia tak sangka. :)





tiba tiba dalam perjalanan nak pergi dekat kereta Didot berbisik, kalahlah qila.. -..- kalah 3A je pungg. hahahha :DD



No comments: