December 25, 2012

Resipi Daging Masak Merah & Resipi Bonus. :D

Assalamualaikum. :)

Disebabkan dah terlalu ramai pun yang meletakkan bermacam recipe dalam internat ni sebab tu den pun makin lama makin malas nak mem-publish sebarang recipe dan lebih kepada personal life.
Tapi sejak cuti ni banyak pulak try masak makanan makanan yang menggamit perut untuk makan maka dengan ini diri ini pun terasa nak mem-publish recipe yang dah beberapa kali di cuba ini.

mempersembahkannnn...... *drum roll*

tak payah nak berdebar sangat lah. tajuk atas tu dah sebut pun.  -.-'



Daging Masak Merah.





Bahan-bahan:


  • 1/2 kilo daging - dipotong nipis. direbus dengan pewarna merah. den guna sirap je. muehehehee
  • Air rebusan daging tadi
  • 2 sudu besar cili kering kisar 
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat 
  • 3 biji bawang putih - diketuk 
  • 10 biji cili api - diketuk (lagi banyak lagi pedas. ikut citarasa lidah memasing) 
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • Daun limau purut - dikoyakkan 
  • 2 batang serai - dititik 
  • Kacang panjang - dipotong memanjang (terpulang nak letak ke tak) 
  • Garam secukup rasa 
  • Ajinomoto secukup rasa 
  • Sedikit tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air untuk pekatkan kuah 


Cara membuatnya:

Panaskan minyak. Goreng daging sebentar dan ketepikan.
Tumiskan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan cili kering kisar.dan masak sehingga terbit minyak.
Masukkan segala sos yang ada. Sos cili, sos tomato, dan sos tiram dan sedikit air rebusan daging diikuti dengan daun limau purut, serai dan cili padi. Yang ni tak wajib tapi untuk bagi kick sikit kat rasa dia letak sikit asam jawa extra Adabi. Kacau rata. Kemudian masukkan garam, gula, dan ajinomoto.
Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau.
Kacau sebentar, dan cuba rasa. Kalau ada apa apa yang kurang boleh lah tambah sebelum letak daging, Kemudian masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama kacang panjang dan bawang besar.
Akhir sekali boleh diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.



Sos Lada Hitam untuk Chicken Chop!


Sebab ada yang membaca recipe saya ni dan saya rasa teramat terharu maka saya ingin memberi resipi bonus. :D Air rebusan daging yang banyak tadi boleh lagi digunakan untuk membuat sos lada hitam. Senang gila kot. Giniii...

Bahan bahan:

  • 2-3 sudu Margerin
  • Air rebusan daging
  • 4-5 biji bawang putih - dicincang
  • 1 biji bawang besar - dicincang
  • Lada hitam 
  • Garam
  • Air bancuhan tepung jagung
Cara membuatnya:

Panaskan margerin. Tumis bawang putih dan bawang besar. Letak lada hitam dalam 1 sudu besar penuh. Lepas bawang dah keemasan atau coklat letak air rebusan daging tadi dan biar mendidih sampai 10-20 minit. 
Letak air bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan lihat kepekatannya. Kalau kurang tambah lagi air bancuhan tepung jagung. 
Akhir sekali letak garam secukup rasa dan walaaahhhh! Siap! 

Beli daging lembu atau ayam dengan tepung kentucky. Kacau telur 2-3 biji. Daging tadi golek golek dekat telur, lepas tu golek dekat tepung kentucky tadi dan goreng. Siap goreng tuang kuah tadi atas ayam. Jadilah chicken chop! Huhuu ;D

No comments: