May 22, 2012

Biskut untuk Ustaz.

'Ustaz, biskut ni kakak saya buat. Harap-harap sedap dan ustaz suka.'


that is what Aishah wrote on her hand made card yang disertakan dengan biskut yang mama suruh aku buat for the Teacher's Day gift.




satu bulan lepas.
sebelum intersessi aku jemput Aishah balik awal sebab dia demam. kebetulan her class teacher which the same Ustaz yang aku cerita kat atas tu tengah mengajar. dia tunjuk Aishah kat mana. a few days lepas tu Aishah balik dari sekolah dengan penuh semangat dan berkobar kobar dia cerita dekat mama dengan aku,

"Qila, ustaz kata qila cantik."

aku, "Dah kenapa dengan Ustaz Aishah tu."
mama senyum then tanya, "Ustaz Aishah dah kahwin dah?"
Aishah jawab, "Dia dah kahwin dahhh."
mama, "Cakap dengan ustaz, isteri ustaz nak letak manaaa nanti?" 






semalam Aishah balik. nampak muka aku terus dia bercerita lagi.

"Qila, qila. Aishah dah bagi biskut tu kat ustaz."
"Habis tu kenapa?"
"Lepas ustaz baca card adik tu dia terus peluk bekas tu."
aku pun, 



"HAHAHAHAHAH!!!!"




gelak tak hengat dunia. apa motif aku gelak kuat kuat? aku pun tak tahu.
haha. :D
alaa..biasalah tu gurau gurau dengan anak murid.






anyway, biskut tu memang senang yang tersenang teramat amat nyee dan sedap.. rasanya tak ubah macam biskut Amos Famos. boleh lah korang try buat kalau agak agak rajin tu kan. terutama yang duk goyang goyang kaki kat rumah tu jee. tolong terasa, tolong terasaaa. >.<


Bahan-bahan ( 70-80 biji )
-  250g mentega
-  280g tepung gandum
-  10g serbuk koko
-  150g gula kastor
-  ½ sudu kecil esen vanila
-  ½ sudu kecil soda bikarbonat
-  2 sudu besar susu tepung
-  2 sudu besar tepung jagung
-  1 biji kuning telur
-  100g sebarang kekacang (walnut, badam, hazel, gajus, etc, yang dicincang)
-  100g coklat cip
-  Secubit garam


Cara-cara
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanila hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Ayakkan tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, soda bikarbonat, serbuk koko dan garam ke dalam bahan yang dipukul tadi. Kemudian kacau hingga rata.
4. Masukkan coklat cip dan cincangan kacang. Kacau rata.
5. Sudukan adunan di atas dulang pembakar. Bakar pada suhu 160°C selama 15-20 minit atau sehingga kekuningan.
6. Sejukkan biskut terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam balang kuih.



atas ni resepi asal.
tapi kitaorang ubah kurangkan gula then tak letak coklat cip tapi salut biskut tu dengan coklat. esen vanila pun tak letak sebab ada lah budaks tu alahan dengan vanila.

okay lah. kepada yang nak mencuba, best of luck. :)

Assalamualaikum.

2 comments:

Ariff Mokhtar said...

amboi , baru pandang sekali , ustaz jatuh hati . hahaha :D

sorry hari tu terus offline , i rushing :/

Aqilah Lala said...

ehh. I baru baca comment you. Sepanjang balik kampung haritu tak bukak blog pun sebab lembap.

Elehh ustaz tu. Kalau dah nama lelaki kan. hahaha :D

It's okay. :)