May 5, 2011

Antara kita.

kenakalan dihati menemukan kita,
kelakar terasa pabila mengingatinya,
persahabatan terjalin dengan mesra,
namun timbul rasa cinta.


tanpa diundang ia mendatang,
diusir namun ia tidak menghilang.


aku dihanyut tapi ku teguhkan diri,
tidak mahu kecewa mencalar hati,
kematangan datang membawa kau pergi,
cinta hilang tidak ditemui.


namun suatu hari kau ku jumpa lagi,
gila bayang merasuk diri.


siangku diganggu,
tidur malamku di curi,
ku cuba menafikan perasaan,
menidakkan hati!


kau dan aku perkara misteri,
perkara mustahil untuk terjadi,
namun apakan daya ku ini,
apa boleh ku lakukan lagi?


ia datang tidak dipaksa,
maka ia pergi perlulah rela.

Disember 2008. Edit, 5 May 2011.
Aqilah Lala Copyright 2011.

p/s; again, ta payah sape sape na perasan.
kalau ta bagitau nanti ada yang perasan lak.
kihkihkih.. nak gelak teguling macam tenggiling je rasa.

4 comments:

Eien Mohmad said...

WAHHH! terusik seketika laaaa yunkk (:

hee .

Aqilah Lala said...

dulu dulu punye kisah.
ta sangke bule terusik jiwa org laen.
cewahh..
haha..

:)

Muhammad Ikram said...

adhoi , panahan kata2 yang membuatkan hatiku bergelora , choy .
nice :)

Aqilah Lala said...

cewahh.. panahan gituu! hahaha.. ;DD
thanks b. :)