March 24, 2010

future in studying 2

before pergi kerja tadi aku kemaskini borang upu aku.then aku isi borang for the politeknik.aku terkira-kira berapa gaji parents aku for a year.sebab mak aku tak pernah bagitahu salary sebeno-benor mereka.bila dah kol,then she asked me what for?aku pon cakap bla,bla..
lepas tu die tanye pasal course yang aku taruk for the upu and the polytechnic.
and seperti yang aku cakap before neh.mak aku suro aku tukar course yang aku amek.course yang aku kena amek tu pulak,course account.i hope i would never regret that bila tiba-tiba aku ditawarkan untuk course tuh.rasa macam mak aku pulak yang nak sambong belajar.adehh..

then dengan selambanyerr time kerja aku bukak google sebab nak tau more information pasal art&design.then terbacalah 1 blog budak nie.pengalaman die pergi interview untok diploma in ad.dengan membaca blog die da cukop buad aku kecot.gile strict rr.dengan soalan2 nye.nie ape yang dia tulis.yeah,agak panjang gak.hehe..

-----------------------------------------------------------------------------

sambil membelek keputusan SPM, ahli panel lelaki berkata "hasif, can u describe yourself in english?"

sudah.... nk speaking London plak... penulis pn membebellah ape yang patut sepanjang-panjangnye sehingga ahli panel tersebut mengarahkan penulis berhenti... (tak tahan la tu kene membebel dengan penulis)

"awak pilih bidang ni untuk borang UPU yang keberapa?"

"4"pantas penulis menjawab

"plihan pertama, ke2 dan ke3 awak pilih ape?"

"ok, saya nak masuk bidang interior design dalam arkitek kat uia, tapi kelulusan saya kurang untuk masuk arkitek uia, jadi saye pilih Human Science (uia) pilihan pertama dan Law (uia) untuk pilihan kedua sebab saya bercadang nak tukar bidang lepas semester pertama jika saya layak ke uia.... lepas semester pertama saya nak tukar ke arkitek..." penulis bertutur lancar.

"awak minat bidang tu tapi kenapa nak masuk uia??"

"sbb islamic enviroment di situ, saye dapat didikan agama sejak kecil, rasenye nak perkukuhkan lagi disitu"

"abis tuh, kalau awak kate sbb islamic inviroment, UITM ade cina ke?" ahli penel tersebut bertanya tegas, ahli panel wanita masih berdiam dan terus memerhati.... alamak mati aku, nak jawab ape??? penulis hanya mengangguk.

"owh, saya faham" itu sahaja yang mampu keluar. "owh...baru saya nampak"

"awak tahu tak arkitek dan lecture di uia, dulunya belajar di UITM??"beliau sengaja mengunci mulut penulis dengan pertanyaan sebegitu.

"sebutkan nama seorang arkitek yang awak tahu" dia menyambung bicara. Masih tegas lagaknya...

"muhammad b. jusoh (name bapak aiman ahmad) saye rase die ade link ngan UITM" penulis main belasah je... lelaki tersebut tidak memberikan sebarang respon terhadap jawapan penulis.

"awak tahu tak siapa arkitek menara telekom malaysia??" panelis lelaki tadi masih mahu menguji...

"tak tahu" penulis menjawab dengan yakin dan tenang... lelaki tersebut merenung mata penulis dalam dalam (nak bagi penulis takut lah tu)... penulis kembali menerkam pandangan lelaki tersebut, berlawan mata dan tidak mahu mengalah.... tak nak dikatakan pengecut atau penakut.

"ok, skarang nih, saye nak awak ceritakan apa yang awak lukis" panelis wanita mula bersuara... lukisan pelik tu harus diterangkan... menamatkan perlawanan mata kami...

"lukisan ni tentang suasana yang menyeramkan di waktu malam, gambar lelaki pakai songkok melambangkan die baru balik dari masjid, dan tiba-tiba ternampak pokok-pokok disekelilingnya bertukar jadi muka yang menyeramkan dan pondok buruk ada disitu dalam keadaan yang menakutkan, saya cuba tampilkan gambaran yang pelik jika dilihat pada tangan lelaki tersebut kerana nak melambangkan dalam bentuk abstrak, saya minat graphic, jadi saya nak tonjolkan kelainan dalam lukisan ini, selain itu...." penulis terpotong bicara.

"ok2, cukuplah tuh" panelis lelaki memberhentikan penulis, (dah jemu lah tu dengar penulis membebel panjang)

"saya nak tanya, tak berdosa ke awak lukis tangan manusia tu tak sempurna? Allah dah bagi tangan manusia cantik,ade 5 jari, awak lukis die kontot macam kene penyakit untut tu... tak berdosa ke??" lelaki tersebut masih mahu menguji. nak berdebat lah tu....

"saya rase dalam isu lukisan saye nih tak de masalah sebab saya tak lukis potret, ape yang saya lukis adalah berbentuk komik dan karikatur, jadi saye rase tk timbul isu dosa atau tau sebab ape yang saye lukis adalah karikatur dan bukan potret" Yes!! hujah beliau berjaya penulis patahkan.. dalam nada tenang.. dah jadi macam debat pulak...

"ok2.. sebenarnya lukisan kamu ni bagus, saye bagi awak 40/50" dia membelek hasil ujian lukisan penulis yang gambar kotak dan kain tadi..

"saya suka "stroke" yang awak buat,cantik. saya suka, lukisan ni cantik, simple tetapi "strong", (lukisan ni ade kekuatan)... saye tengok personaliti awak sendiri pun "strong"... saye suke..." akhirnya dia mengaku...

"masalahnya sekarang ni awak letak diploma seni lukis dan seni reka dalam pilihan ke-4, kalau awak letak dalam pilihan yang pertama, memang saya dah ambil awak masuk UITM"... penulis hanya terkedu..

"kami tak boleh buat keputusan muktamat. telus saya cakap, lukisan awak cantik dan bagus, tapi kita terpaksa tunggu result UPU, kalau UPU hantar awak masuk uia (ikut pilihan 1 n 2)... masuklah awak di sane, kalau UPU hantar awak ke sini, alhamdulillah..."

"memang saye tak boleh buat ape, kalau ini awak letak dalam pilihan pertama, memang saya akan pilih awak. sebab kita taknak pilih yang picisan2 (sebab penulis letak pilihan 4)"

"ok, awak boleh beredar...""good luck" panelis wanita hanya berkata 2 patah kata...

-----------------------------------------------------------------------------


copy from; teratak-aksara.blogspot.com

2 comments:

HANArts said...

pehhh, gile lah. pndai gile penulis tersebut membidas ehk..
klw aku la, mau dh pndg tempat lain ke
tepon kwn mintak tlg ker.. haha
gile la interview ape nie.. mcm nk g perang je. waaaaaa, takot!

ilalicious said...

tu la pasal.
kalau aku la an.
aku tanye si jadah2 tuh.
"ada talian ayat tak?"
wakakass..!